Tuesday, 23 October 2012
Sewaan barangan perkahwinan
Dulang RM15 (ada 10 buah) dan Alatan Renjis RM20
berminat call/sms saya 012-6790803 -hana
Saturday, 14 July 2012
Harga biskut nie utk 50 pcs dari RM22-25 je..ader diskaun klu beli byk..tapi mmg sedap..
Mari-mari beli kuih raya..hehehe..tolong kawan my hubby..Alhamdullillah..ohye nk share sikit trip ke Bandung hari tu (pengalaman nie),mmg x sangka ke sana itupun setelah di ajak berkali-kali oleh kak nor ku syg (thanks ,best td main badminton Ina panggil Hana kakak)hehehe,okeyla mana tau kan boleh jd panduan klu sesaper nk ke sana..
1/7/12 (Ahad)
Hati gumbira first time naik flight dan first time ke luar negara (jakunla nie)..member ofis mcm x caya Hana x pernah naik kapal terbang..mmgg I mengaku..selalu deal dgn travel agent (di ofis).kali nie terkial-kial gkla dgn kak nor bila nk check in di airport.ermm ader hikmahnyer tu saya dpt belajar how to do 'web check in' tau..20 org ,thank to en Amir ajar saya mcmner nk buat check in tu..ok berbalik time nk naik flight tu..hati berdebar-debar gk nie. byk dugaan kami hadapi sblm nk ke Bandung nie smpi ader yg ckp 'aku raser kita smpi LCCT je nie..lg setengah nk landing naylie yakk..aduii dgn tandas yg kecik,sib baik dik stewardess tu bg plastik.
Alhamdullilah syukur sgt2 jadual kami berjln dgn lancar .pak Jais (tourist guide) kami pon okey sgt2 fleksibel orgnya.tangkuban parahu,cidabuyut,rumah mode,air panas,kartika sari,kedai baju batik semua kami pergi dan paling penting Pasar Baru. ada 5 tingkt so pak jais bg 5 jam utk shopping termsuk waktu mkn dan solat.oh ye cuaca di sana sejuk..mknan okey.dan satu lg yg saya betul2 puji sikap pemandu2 di sana yg sgt2 sabar walaupun jln sesak..tandas yg bersih dan penduduknya yg berbudi bahasa..mungkin inilah sbbnya ader yg tiap2 tahun ke berkunjung ke sana..
Sunday, 29 April 2012
hari yang mendebarkan
Pagi2 td dh bangun arghh hari nie ader job makeup pengantin anak kak rubi ..kami awal sampai takut di cop MUA yg tidak beretika(cewahh)..huhh..sian pengantin kelam kabut(masak sendiri+kenduri yg pertama) ,sori anak akak lak terbe***..xper janji kami sampai awal hehehe...
lepas kenduri terus kami ke sogo bestnyer ..dpt beli beg ngan baju my hubby.bila lalu MAC suami dh ehem2 hehehe terus ckp xperla x de sale lenkali singgah..huhh berjaya menepis kehendak hati nk membeli MAC..ohye terbaca artikel di majalah mingguan wanita ttg cara2 nk berblog..xper klu ader masa terluang saya akan copy & paste kt sini..ohye gamba pengantin akan saya upload di sini nanti ye coz semuanya didlm kamera my hubby..okey..bye
Thursday, 26 April 2012
Hari yg...
RM30.00 sahaja untuk sebiji kek
Wednesday, 25 April 2012
Monday, 23 April 2012
Bahana nyamuk aedes
RATA-RATA semua orang tahu apa itu nyamuk aedes dan betapa bahaya gigitannya yang menyebabkan demam denggi.
Kempen membanteras nyamuk yang membawa virus mampu membunuh itu saban tahun giat dijalankan oleh kerajaan dan sering dipaparkan di pelbagai media sama ada televisyen, radio atau akhbar.
Masyarakat sedia maklum aedes membiak di takungan air jernih sama ada di dalam atau luar rumah dan mengambil masa kira-kira seminggu untuk menetas.
Langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes juga difahami masyarakat iaitu antaranya menyalin air dalam tempayan, kolam mandi tiap-tiap minggu, tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat, periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali dan pelbagai lagi.
Namun, kempen tersebut seakan-akan tidak meninggalkan kesan apabila kes-kes kematian akibat demam denggi terus direkodkan.
Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini sahaja, sebanyak 6,607 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 1,256 kes atau 24 peratus berbanding 5,351 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Berdasarkan laporan Kementerian Kesihatan, sebanyak 17 kematian akibat demam denggi dicatatkan berbanding hanya sembilan kematian pada 2011 untuk tempoh yang sama.
Pakar Perubatan Respiratori Hospital Pantai Ampang, Dr. Nor Adina Ahmad Tajudin berkata, walaupun kempen memerangi demam denggi sentiasa dijalankan, masyarakat dilihat mengambil ringan permasalahan tersebut dan tidak melaksanakan langkah pencegahan seperti disarankan.
"Masyarakat tahu keseriusan penyakit itu tetapi kesedaran mereka masih kurang dan mengambil lewa langkah pencegahan pembiakan nyamuk seolah-olah mereka 'kebal' daripada gigitan aedes.
"Ada juga yang tidak memandang serius demam yang dihidapi.Sedangkan jika mereka menghidap denggi dan lambat mendapatkan rawatan, ia mampu membawa maut," ujarnya ketika ditemui di Hospital Pantai Ampang baru-baru ini.
RawatanMenurut Dr. Adina, sehingga hari ini, belum ada ubat atau penawar untuk mengubati penyakit ini.
"Demam denggi pulih sendiri dan rawatan yang dijalankan sebenarnya adalah terapi sokongan. Tiada ubat atau antibiotik khas untuk merawat jangkitan tersebut.
"Apa yang dilakukan adalah usaha mengurangkan demam dengan memperbanyakkan pengambilan minuman sehingga lebih tiga liter bagi mengawal penyahidratan.
"Selalunya, mereka yang bilangan platletnya jatuh bawah 100 akan dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan oleh doktor dengan lebih menyeluruh.
"Masalah utama yang saya lihat ialah pesakit selalunya memandang ringan demam yang mereka hidapi. Jika lambat mendapatkan rawatan, ia boleh membawa maut kerana darah semakin pekat serta kekurangan air," ujarnya.
Tambahnya, sekiranya pesakit tidak mahu atau mampu minum, tambahan melalui cecair mungkin diperlukan untuk menghalang penyahhidratan yang teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platlet turun dengan banyaknya.
Selain itu, ubat demam turut dibekalkan bagi mengurangkan demam yang dihidapi di samping ubat-ubatan lain seperti ubat gastrik jika pesakit menghidap gastrik memandangkan imunisasi badan turut akan turun.
"Bila pesakit menghidapi demam panas tiga hari ke atas, naik ruam atau bintik merah, berlaku pendarahan terutamanya di gusi, berwaspada dan segeralah mendapatkan rawatan doktor," amaran Dr. Adina.